mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM KIDSVENTURE: WEBINAR 13 (PELAN PERNIAGAAN MINI 1)

Tarikh : 09 Mei 2026
Masa : 10.00 Pagi – 11.30 Pagi
Tempat : NADI Felda Soeharto
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Program Keusahawanan Cilik Kidsventure bertajuk Pelan Perniagaan diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai asas dunia perniagaan serta cara merancang sesuatu perniagaan dengan lebih teratur dan kreatif. Program ini bertujuan membantu peserta memahami kepentingan pelan perniagaan dalam memulakan sesuatu perniagaan seperti menentukan idea produk, sasaran pelanggan, kos, keuntungan serta strategi pemasaran. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri, kemahiran berfikir secara kreatif dan semangat keusahawanan dalam kalangan peserta sejak usia muda. Melalui program ini, peserta dapat mempelajari ilmu keusahawanan secara interaktif dan menyeronokkan.

Aktiviti

Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh tenaga pengajar jemputan iaitu Helmi Rajab. Beliau menerangkan tentang cara menyediakan pelan perniagaan yang mudah dan berkesan, termasuk pemilihan idea perniagaan, pengiraan kos, sasaran pelanggan serta teknik pemasaran yang sesuai.

Peserta turut diberi peluang untuk berinteraksi dan bertanya soalan sepanjang sesi webinar berlangsung. Di akhir program, satu kuiz interaktif telah diadakan bagi menguji tahap kefahaman peserta terhadap topik yang dipelajari. Aktiviti ini berjaya menarik minat peserta serta membantu meningkatkan pengetahuan dan keyakinan mereka dalam bidang keusahawanan.

PROGRAM KIDSVENTURE: WEBINAR 13 (PELAN PERNIAGAAN MINI 1) – NADI Felda Soeharto: PROGRAM KIDSVENTURE: WEBINAR 13 (PELAN PERNIAGAAN MINI 1)