| Tarikh : 21 Februari 2025 Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Tujuan utama eKelas Usahawan dilaksanakan adalah untuk memperkasa usahawan mikro dengan menyediakan bengkel pemasaran digital yang terstruktur dan efektif. Melalui program ini, usahawan mikro berpeluang mempelajari kemahiran praktikal dalam fotografi, penulisan kreatif, dan pengiklanan dalam talian. Pendekatan ini dirancang untuk memperkukuh kemahiran digital mereka, sekaligus membuka lebih banyak peluang pendapatan dan membantu mereka bersaing dengan lebih berjaya dalam pasaran yang semakin berkembang.
Aktiviti
Webinar usahawan ini dijalankan secara atas talian melalui platform Zoom, membolehkan peserta menyertai dari mana-mana lokasi dengan mudah. Program ini menggunakan kaedah dua hala, di mana terdapat interaksi langsung antara peserta dan penceramah, membolehkan sesi perbincangan yang lebih dinamik dan berkesan. Melalui pendekatan ini, peserta dapat berkongsi pengalaman, mengajukan soalan, dan mendapatkan maklum balas secara lansung, sekaligus menjadikan sesi lebih interaktif dan memberi manfaat yang lebih besar.
https://soeharto.nadi.my/program-usahawan-maxis-e-kelas-memperkasa-usahawan-malaysia-melalui-pemasaran-digital/: Program Usahawan Maxis e-kelas: Memperkasa Usahawan Malaysia Melalui Pemasaran Digital