Tarikh : 22 Mac 2025 Masa :9.00 Pagi – 4.00 Petang Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Program ini dianjurkan secara serentak di semua NADI yang beroperasi di seluruh negara. Program ini menfokuskan untuk membantu usahawan NADI dengan menyediakan tempat untuk mereka mempromosikan dan menjual produk mereka kepada komuniti. selain itu, program ini juga membantu usahawan baru untuk mendapatkan pelanggan dan di kenali. Dalam pada itu, program ini juga dapat memperkukuhkan jenama NADI dalam kalangan komuniti melalui kempen kesedaran, pameran, serta aktiviti keusahawanan yang melibatkan masyarakat setempat.
Aktiviti
Aktiviti utama yang dijalankan semasa program ini ialah aktiviti urusniaga yang dijalankan oleh usahawan NADI. Dalam pada itu juga, terdapat kelas-kelas yang diadakan seperti kelas Dilea, keusahawan, kesejahteraan kendiri dan banyak lagi yang berkaitan dengan perkhidmatan pintar. Disamping itu, ada juga dijalankan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak berumur 5-12 tahun.
Program Untouched NADI: Bazar & Belajar @ NADI – NADI Felda Soeharto: Program Untouched NADI: Bazar & Belajar @ NADI