mcmc
Laporan Aktiviti

Program Pembelajaran Dilea: Webinar Motivasi Pelajar

Tarikh : 03 Mei 2025
Masa : 2.30 PM – 4.30 PM
Tempat : NADI Felda Soeharto
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Program ini dianjurkan khas untuk memberikan sokongan motivasi serta bimbingan menyeluruh kepada para pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang sedang membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan penting seperti SPM, serta merancang masa depan mereka selepas tamat persekolahan. Ramai pelajar masih keliru atau tidak pasti mengenai pilihan yang tersedia selepas SPM. Webinar ini akan memberikan gambaran jelas tentang pelbagai laluan pendidikan seperti Matrikulasi, STPM, Diploma, Asasi, TVET dan lain-lain, agar mereka boleh membuat keputusan yang tepat mengikut minat dan kemampuan. Salah satu aspek penting selepas SPM ialah proses permohonan ke institusi pengajian tinggi. Program ini akan memberikan penerangan terperinci dan tips berguna berkaitan sistem UPU Online, termasuk strategi pemilihan kursus, institusi, serta dokumen dan maklumat yang diperlukan. Salah faham tentang sistem merit boleh menyebabkan pelajar gagal merancang dengan baik. Oleh itu, program ini akan membimbing pelajar memahami bagaimana markah merit dikira dalam sistem UPU berdasarkan keputusan peperiksaan dan aktiviti kokurikulum mereka. Dengan pendedahan dan maklumat yang diberikan, pelajar diharapkan dapat membuat keputusan pendidikan yang lebih yakin dan berinformasi, serta mengelakkan daripada membuat pilihan secara membuta tuli atau mengikut rakan-rakan semata-mata.

Aktiviti

Satu slot khas akan disediakan untuk membimbing pelajar tentang cara mengisi permohonan UPU secara dalam talian. Ini termasuk tips memilih program pengajian, susunan keutamaan, serta maklumat penting yang perlu diberi perhatian dalam memastikan permohonan lebih berkesan. Pelajar akan diajar bagaimana markah merit mereka dikira berdasarkan keputusan akademik dan kokurikulum. Pengetahuan ini penting untuk membantu pelajar menilai peluang mereka diterima masuk ke kursus pilihan di universiti awam. Pelajar berpeluang bertanyakan soalan secara langsung kepada penceramah dan mendapatkan penjelasan tentang isu-isu berkaitan hala tuju pendidikan, pemilihan kursus, atau sebarang keraguan yang dihadapi dalam merancang masa depan mereka.

Program Pembelajaran Dilea: Webinar Motivasi Pelajar – NADI Felda Soeharto: Program Pembelajaran Dilea: Webinar Motivasi Pelajar