mcmc
Laporan Aktiviti

Program Khas Dilea: Seminar Motivasi Pelajar

Tarikh : 22 Februari 2025
Masa : 3.00 Petang – 4.30 Petang
Tempat : NADI Felda Soeharto
Peserta : Peserta Pidato

Tujuan

Seminar motivasi pelajar ini bertujuan untuk memberi pelajar dorongan untuk lebih bersemangat dalam belajar dan mencapai impian mereka. Ia membantu membangkitkan rasa ingin tahu dan kecintaan terhadap ilmu pengetahuan. selain itu, Seminar ini dapat memberi pelajar kemahiran peribadi yang berguna seperti pengurusan masa, pengurusan emosi, dan cara berfikir secara kritikal untuk mencipta kejayaan dalam hidup mereka. Dengan berkongsi pengalaman dan teknik menangani stress, pelajar dapat belajar cara mengatasi rasa cemas, takut gagal, atau perasaan tidak yakin. Dalam pada itu juga, Seminar motivasi ini dapat membantu mereka melihat cabaran sebagai peluang untuk berkembang, bukan halangan.

Aktiviti

Seminar motivasi ini dijalankan secara atas talian, namun ia tetap dijalankan secara dua hala, Peserta tidak hanya mendengar ceramah semata-mata, tetapi mereka juga diberi peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan penceramah dan peserta lain. Semua ini dilakukan dengan gaya yang mendalam namun santai, supaya pelajar tidak hanya sekadar mendapat ilmu, tetapi juga merasa terinspirasi dan terdorong untuk bertindak. Walaupun dijalankan atas talian, seminar ini tidak kehilangan elemen keterlibatan dan energi yang biasanya wujud dalam pertemuan secara bersemuka.

https://soeharto.nadi.my/program-khas-dilea-seminar-motivasi-pelajar/: Program Khas Dilea: Seminar Motivasi Pelajar