mcmc
Laporan Aktiviti

Program Kemahiran: Tips Untuk Content Creator

Tarikh : 12 April 2025
Masa : 2.00 – 4.00 Petang
Tempat : NADI Felda Soeharto
Peserta : Orang Awam

Tujuan

Tujuan webinar ini adalah untuk memberikan pendedahan dan panduan praktikal kepada para content creator, sama ada yang baru bermula atau yang ingin meningkatkan kualiti kandungan mereka. Webinar ini akan membincangkan teknik menghasilkan kandungan yang menarik, strategi membina jenama peribadi, serta cara memanfaatkan platform digital secara efektif untuk menarik dan mengekalkan audiens oleh Encik Fahmi Samsudin atau Encik Pamey.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan dalam webinar ini termasuk sesi perkongsian pengalaman bersama Encik Pamey yang merupakan seorang content creator yang berpengalaman dan juga seorang penyarah Diploma Fotografi di Uitm Lendu, Melaka yang dapat membantu penghasilan kandungan. Selain itu, peserta juga berpeluang menyertai sesi soal jawab dan perbincangan interaktif untuk mendapatkan pandangan serta nasihat secara terus daripada panel jemputan.”

Program Kemahiran: Tips Untuk Content Creator – NADI Felda Soeharto: Program Kemahiran: Tips Untuk Content Creator