mcmc
Laporan Aktiviti

Program Kemahiran: Mahir Masak

Tarikh : 8 Ogos 2025
Masa : 9.30 Pagi – 11.00 Pagi
Tempat : NADI Felda Soeharto
Peserta : Orang Awam

Tujuan

NADI Mahir adalah inisiatif yang memainkan peranan penting dalam memperkasa komuniti melalui pendidikan dan kemahiran. Dengan menyediakan peluang pembelajaran secara percuma yang diiktiraf oleh GIATMARA, NADI Mahir memberi akses kepada masyarakat untuk meningkatkan kemahiran mereka tanpa perlu pergi jauh, menjadikannya lebih mudah diakses oleh mereka yang mungkin mempunyai kekangan masa atau jarak. Ini Merupakan program Mahir bagi Intake yang ke 2.

Inisiatif ini bukan hanya membantu individu dalam memperoleh kemahiran yang relevan dengan industri semasa, tetapi juga memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan komuniti. Dengan pembelajaran yang diiktiraf, individu berpeluang untuk meningkatkan peluang pekerjaan mereka dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.

Aktiviti

Pelajar mengikuti kelas mahir secara live melalui aplikasi google meet yang telah diberikan oleh pihak pengurusan program mahir dan pembelajaran di sampaikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Pada minggu ini pelajar melakukan amali pembuatan air moktail. Sebanyak tiga jenis minuman moktail yang telah di hasilkan oleh peserta di bawah bimbingan tenaga pengajar.

PROGRAM KEMAHIRAN: MAHIR MASAK – NADI Felda Soeharto: Program Kemahiran: Mahir Masak