mcmc
Laporan Aktiviti

Program Kemahiran: Jom Deko Cupcake Bersama Dapur Mami

Tarikh: 13 Julai 2025
Masa: 3.00 Petang – 4.00 Petang
Tempat : NADI Felda Soeharto
Peserta : Orang Awam
Kerjasama : Usahawan kek Dapur Mami

Tujuan

Program Kemahiran deko cupcake ini dianjurkan dengan matlamat utama untuk Meningkatkan Kemahiran Kreatif Peserta. Melalui program ini, peserta didedahkan dengan latihan asas dalam seni menghias cupcake agar peserta dapat mengembangkan kreativiti mereka. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan peluang keusahawanan di mana ia memberi inspirasi kepada peserta untuk menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan sampingan atau memulakan perniagaan kecil. Dalam pada itu, program ini juga dapat menggalakkan aktiviti positif komuniti kerana menjadi platform untuk komuniti berkumpul, berkongsi minat dan belajar bersama dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Aktiviti

Program ini dimulakan dengan pengenalan kepada bahan-bahan untuk menghasilan krim untuk dijadikan dekorasi dan alatan yang digunakan. Seterusnya, demostrasi dari pengajar yang dijemput berkaitan teknik-teknik asas. Langkah demi langkah dalam menghasilkan dekorasi di atas cupcake ditunjukkan oleh tenaga pengajar. Akhir sekali, Latihan amali dijalankan dimana peserta di berikan sebiji seorang cupcake kosong untuk dihias menggunakan kreativiti sendiri.

Program Kemahiran: Jom Deko Cupcake Bersama Dapur Mami – NADI Felda Soeharto: Program Kemahiran: Jom Deko Cupcake Bersama Dapur Mami