mcmc
Laporan Aktiviti

Program E sukan: Kelas Kesedaran Minggu 1

Tarikh : 08 Oktober 2024
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : NADI Felda Soeharto
Peserta : Orang Awam

Tujuan

Kelas kesedaran ini berbentuk podcast yang bertajuk masa depan e-Sukan dalam pendidikan yang dibincangkan oleh YBhg. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh, Timbalan Dekan (Akademik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, yang berkongsi pandangannya mengenai integrasi e-sukan dalam pendidikan. Selain itu, beliau juga bagaimana e-sukan berkembang dalam konteks pendidikan, manfaat e-sukan dalam membina kemahiran seperti Penyelesaian Masalah (Problem Solving) dan Pemikiran Kritis (Critical Thinking), cara e-sukan menyokong pengajaran dan pembelajaran untuk generasi muda serta cabaran utama serta penyelesaian untuk mengatasi stigma negatif terhadap e-sukan. Episod ini sesuai untuk pendidik, pelajar, dan ibu bapa yang ingin memahami bagaimana e-sukan boleh menjadi platform pendidikan yang berkesan.

Aktiviti

Orang awam menonton podcast melalui platform Youtube yang dibuka oleh petugas NADI yang berdurasi selama 55 minit.

Program E sukan: Kelas Kesedaran Minggu 1&2 – NADI Felda Soeharto: Program E sukan: Kelas Kesedaran Minggu 1