Tarikh : 23 Mei 2022 Masa : 3.00 Petang – 4.00 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Subjek Matematik adalah subjek yang perlu dilakukan latihan secara rutin untuk memahami serta menghafal formula untuk setiap pengiraan yang berbeza. Justeru itu, dengan adanya kuiz online ini memudahkan mereka untuk menambah ilmu serta menarik minat mereka untuk buat kuiz ini secara berkala.
Aktiviti
Pelajar diminta untuk menjawab semua soalan kuiz matematik tersebut dan setelah menjawab kuiz, mereka perlu menyemak markah masing-masing. Jika markah tidak memuaskan, mereka perlu ulang semula kuiz sehingga mendapat markah yang memuaskan.