Utama
| Tarikh : 28 Jun 2026 Masa : 10.00 Pagi – 1.00 Petang Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Saringan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) peringkat NADI diadakan bagi memilih wakil terbaik NADI Felda Soeharto untuk bertanding di peringkat negeri Selangor. Selain mencungkil bakat pemain tempatan, aktiviti ini turut memberi peluang kepada peserta mempamerkan kemahiran, semangat kesukanan, serta menggalakkan kerjasama berpasukan dalam kalangan komuniti. Saringan ini juga menjadi platform untuk melahirkan pemain yang berpotensi mengharumkan nama NADI Felda Soeharto di peringkat yang lebih tinggi.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran kehadiran peserta dan taklimat ringkas mengenai syarat serta format pertandingan. Seterusnya, peserta menjalani perlawanan saringan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) mengikut jadual yang telah ditetapkan. Setiap perlawanan dipantau oleh petugas bagi memastikan pertandingan berjalan dengan lancar dan adil. Di akhir saringan, pemain yang menunjukkan prestasi terbaik dipilih untuk mewakili NADI Felda Soeharto ke pertandingan peringkat negeri selangor.
PROGRAM ESUKAN: SARINGAN MLBB SIRI 4 – NADI Felda Soeharto: PROGRAM ESUKAN: SARINGAN MLBB SIRI 4Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Tambahan
Klik Pada Lampiran #stayathome #dudukdirumah


