Utama
| Tarikh : 11 Julai 2026 Masa : 10.00 Pagi – 11.30 Pagi Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya penyebaran berita palsu serta membudayakan amalan menyemak kesahihan maklumat sebelum dikongsi. Melalui kempen ini, peserta didedahkan kepada cara mengenal pasti maklumat yang tidak sahih, menggunakan sumber yang dipercayai untuk membuat semakan, serta memahami kesan penyebaran berita palsu terhadap individu, masyarakat dan negara. Selain itu, program ini menggalakkan penggunaan internet secara beretika, bertanggungjawab dan selamat bagi mewujudkan komuniti digital yang lebih bijak serta berintegriti.
Aktiviti
Peserta menonton video bertajuk “Perangi Berita Palsu! Kenali, Semak & Hentikan” yang ditayangkan oleh petugas sehingga tamat. Tayangan video ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan mengenal pasti, menyemak dan menghentikan penyebaran berita palsu serta menggalakkan penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
PROGRAM KIS: PERANGI BERITA PALSU! KENALI, SEMAK & HENTIKAN – NADI Felda Soeharto: PROGRAM KIS: PERANGI BERITA PALSU! KENALI, SEMAK & HENTIKANKenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Berkaitan Pelaksanaan PKP & PKPB
#stayathome #dudukdirumah


