mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM CYBERSECURITY: WEBINAR CARA GUNAKAN WIFI AWAM DENGAN SELAMAT

Tarikh: 12 MAC 2026
Masa: 2.00 Petang – 3.30 Petang
Tempat : NADI Felda Soeharto
Peserta : Orang Awam

Tujuan

Webinar ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang risiko keselamatan apabila menggunakan WiFi awam serta cara menggunakannya dengan lebih selamat. Melalui program ini, peserta dapat mempelajari langkah-langkah melindungi data peribadi, mengelakkan kecurian maklumat, dan mengenal pasti rangkaian WiFi yang selamat. Selain itu, webinar ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet di tempat awam seperti kafe, pusat membeli-belah dan tempat awam yang menyediakan WiFi percuma.

Aktiviti

Sepanjang pelaksanaan program, pelajar telah mengikuti sesi pembelajaran melalui sistem LMS Cybersecurity yang disediakan. Aktiviti dimulakan dengan pelajar menonton video pembelajaran berkaitan tajuk keselamatan siber, khususnya mengenai cara mengenal pasti fail yang berpotensi mengandungi virus atau perisian berbahaya. Video tersebut dipaparkan dan dipantau oleh petugas bagi memastikan semua pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan teratur.

Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjalan dengan lancar dan berjaya membantu pelajar meningkatkan pengetahuan serta kesedaran tentang kepentingan keselamatan siber dalam penggunaan teknologi harian.

PROGRAM CYBERSECURITY: WEBINAR CARA GUNAKAN WIFI AWAM DENGAN SELAMAT – NADI Felda Soeharto: PROGRAM CYBERSECURITY: WEBINAR CARA GUNAKAN WIFI AWAM DENGAN SELAMAT