| Tarikh: 31 Januari 2026 Masa: 2.30 Petang – 3.30 Petang Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Tujuan Program TinyTechies: Ulang Kaji Mikro:bit & Robotik (Untuk Sekolah Rendah) dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada murid sekolah rendah mengukuhkan semula pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengaturcaraan menggunakan peranti Mikro:bit serta pendedahan kepada aktiviti robotik secara praktikal. Program ini juga bertujuan membantu murid memahami konsep asas coding seperti input, output dan logik atur cara melalui aktiviti ulang kaji yang interaktif dan menyeronokkan. Selain itu, program ini dapat meningkatkan minat murid terhadap bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta membina keyakinan diri murid dalam menyelesaikan tugasan secara kreatif dan berfikir secara kritis. Melalui pelaksanaan program ini, murid diharapkan dapat lebih bersedia untuk menyertai aktiviti teknologi dan inovasi pada masa akan datang serta membudayakan celik digital sejak peringkat awal.
Aktiviti
Aktiviti sepanjang Program Ulang Kaji Mikro:bit & Robotik (Untuk Sekolah Rendah) dijalankan adalah melalui sesi tontonan webinar pembelajaran secara dalam talian. Sepanjang program berlangsung, para pelajar ditempatkan di ruang pembelajaran dan diberikan pendedahan mengenai topik Mikro:bit serta asas robotik melalui video/webinar yang disediakan. Petugas NADI telah memasang dan mengendalikan siaran webinar tersebut bagi memastikan pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan lancar, jelas dan teratur. Selain itu, petugas NADI turut memantau penglibatan pelajar serta memberi bimbingan ringkas sekiranya terdapat pelajar yang kurang memahami kandungan pembelajaran yang ditayangkan. Melalui kaedah ini, pelajar dapat memperoleh input pembelajaran secara interaktif dan menambah pengetahuan berkaitan teknologi serta pengaturcaraan asas.
Program TinyTechies: Ulang Kaji Mikro:bit & Robotik (Untuk Sekolah Rendah) – NADI Felda Soeharto: Program TinyTechies: Ulang Kaji Mikro:bit & Robotik (Untuk Sekolah Rendah)