| Tarikh: 09 Januari 2026 Masa: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Program kemahiran bertujuan untuk mengasah kreativiti dan kemahiran di mana pelajar dapat menghasilkan produk secara manual (hands-on) serta mengembangkan daya imaginasi dan seni. Selain itu, aktiviti diy ini melatih pelajar supaya lebig teliti, sabar dan fokus ketika menyiapkan sesuatu hasil kerja. Dalam pada itu, pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah berbanding penggunaan gajet semata-mata lebih-lebih lagi semasa cuti persekolahan ini.
Aktiviti
Peserta di perkenalkan dengan bahan-bahan yang akan digunakan seperti tali, manik dan cangkuk. seterusnya, pengajar kemas menunjukan demonstrasi langkah demi langkah cara menghasilkan keychain phone strap dengan betul. pelajar diberi peluang menjalankan aktiviti menbuat keychain secara kendiri dengan bimbingan pengajar kemas. akhir aktiviti ialah sesi bergambar bersama hasil kerja masing-masing.
PROGRAM KEMAHIRAN: KELAS DIY (KEYCHAIN PHONE STRAP) DENGAN KERJASAMA KEMAS – NADI Felda Soeharto: PROGRAM KEMAHIRAN: KELAS DIY (KEYCHAIN PHONE STRAP) DENGAN KERJASAMA KEMAS