| Tarikh: 07 November 2025 Masa: 3.30 Petang – 4.30 Petang Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Orang awam |
Tujuan
Program Kesejahteraan Kendiri di NADI dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti. Melalui pelaksanaan aktiviti seperti saringan kesihatan, tontonan video dan webinar berkaitan kesihatan serta aktiviti senaman. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan kesejahteraan fizikal dan mental, menggalakkan tanggungjawab kendiri dalam penjagaan kesihatan, serta mewujudkan persekitaran yang lebih positif, sihat dan seimbang.
Aktiviti
Peserta program telah menonton sebuah webinar kesihatan bertajuk “Kanser Paru-Paru: Dulu Hukuman Mati, Sekarang Ada Harapan?” yang disampaikan oleh Dr. Mohd Arif Mohd Zim, Consultant Pulmonologist & Internal Medicine, Head of Respiratory Service, KPJ Hospitals, Damansara Specialist Hospital 2.
Dalam sesi tersebut, Dr. Mohd Arif berkongsi maklumat dan pengalaman beliau berkaitan penyakit kanser paru-paru, yang sering dianggap sebagai penyakit serius dan menakutkan. Beliau menjelaskan bahawa walaupun sebelum ini kanser paru-paru dilihat sebagai penyakit yang sukar dirawat, kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan kesedaran masyarakat kini telah membuka ruang kepada pesakit untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan jangka hayat yang lebih panjang. Webinar ini turut memberi pendedahan berguna kepada peserta mengenai kepentingan pengesanan awal, gaya hidup sihat, dan rawatan moden dalam menguruskan penyakit ini.
PROGRAM KESEJAHTERAAN KENDIRI: Webinar Kanser Paru-Paru: Dulu Hukuman Mati, Sekarang Ada Harapan? – NADI Felda Soeharto: PROGRAM KESEJAHTERAAN KENDIRI: Webinar Kanser Paru-Paru: Dulu Hukuman Mati, Sekarang Ada Harapan?