| Tarikh : 07 September 2025 Masa : 10.00 Pagi – 4.00 Petang Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Program Merdeka & Hari Malaysia @NADI dijalankan dengan tujuan utama untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan masyarakat setempat. Melalui penganjuran program ini, warga komuniti dapat bersama-sama memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu yang telah berjuang demi mencapai kebebasan negara.
Selain itu, program ini juga berperanan sebagai medium untuk memupuk perpaduan dan semangat kekitaan antara pelbagai lapisan masyarakat. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan mampu mengeratkan silaturahim, meningkatkan kerjasama serta menyatukan komuniti dalam suasana penuh kemeriahan.
Aktiviti
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa program berlansung antaranya ialah, pertandingan mewarna, pertandingan sajak kemerdekaan, pertandingan hiasan makanan tema kemerdekaan, pertandingan kucing tercantik tema merdeka dan pertandingan reruai tercantik.
PROGRAM MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI – NADI Felda Soeharto: PROGRAM MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI