mcmc
Laporan Aktiviti

Program E Sukan: Mentaliti Juara | Podcast NADI Malaysia | Segmen e-Sukan | Episod 11

Tarikh : 10 April 2025
Masa : 3.00 Petang
Tempat : NADI Felda Soeharto
Peserta : Orang Awam

Tujuan

Tujuan podcast ini diadakan adalah untuk membincangkan kepentingan mentaliti juara dalam dunia eSukan, termasuk bagaimana sikap, disiplin, dan ketahanan mental boleh mempengaruhi prestasi pemain. Melalui perkongsian pengalaman dan pandangan daripada ahli sukan iaitu jaguh bina badan negara, Sazali Abdul Samad. Podcast ini diharap dapat memberi inspirasi serta panduan kepada pemain eSukan untuk membina minda yang kuat dan berdaya saing di peringkat tertinggi.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dilakukan termasuk wawancara, perbincangan serta perkongsian bersama jaguh bina badan negara, Sazali Abdul Samad. Selain itu, terdapat juga sesi soal jawab antara moderator dan panel jemputan.

Program E sukan: Mentaliti Juara | Podcast NADI Malaysia | Segmen e-Sukan | Episod 11 – NADI Felda Soeharto: Program E Sukan: Mentaliti Juara | Podcast NADI Malaysia | Segmen e-Sukan | Episod 11