Tarikh : 17 Julai 2022 Masa : 9.30 Pagi – 10.30 Pagi Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Pelajar perlu mengetahui gerak balas tumbuhan kepada rangsangan.Tumbuhan bergerak balas terhadap 4 jenis rangsangan, iaitu cahaya Matahari, air, graviti dan sentuhan. Bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan ialah akar, pucuk, daun dan bunga. Bahagian tumbuhan akan bergerak sama ada ke arah atau menjauhi rangsangan.
Aktiviti
Pengajar akan memberikan kepada setiap pelajar latihan untuk memudahkan pelajar gunakan sebagai rujukan. Pengajar akan bertanya soalan dan memulakan sesi soal jawab setelah mereka menyelesaikan latihan yang diberikan.